Olimpik, Piala Thomas sama penting - Chong Wei


FB Share

Rabu, 9 Mei 2012
Source: Bernama

Image © AFP
Lee Chong Wei menerima undi tertinggi daripada peminat sukan berkenaan dalam tinjauan 'siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2011. (Gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyifatkan penyertaannya pada Sukan Olimpik dan Piala Thomas adalah sama penting dan perlu diberikan tumpuan.

Pemain nombor satu dunia itu berkata beliau akan melakukan yang terbaik pada kedua-dua kejohanan tersebut dengan mengekalkan tahap prestasi cemerlang dan mengelak daripada ditimpa kecederaan.

"Piala Thomas melibatkan acara berpasukan manakala di Sukan Olimpik, saya bermain secara individu. Bagaimanapun, kedua-duanya penting kerana saya bermain untuk negara.

"Pada Sukan Olimpik, kita mengharapkan emas pertama tetapi bagi Piala Thomas, walaupun kita diletakkan sebagai 'underdog', kita mesti berusaha keras mencapai sasaran untuk layak ke separuh akhir," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sukan Olimpik di London berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos manakala Piala Thomas di Wuhan, China diadakan dari 20 hingga 27 Mei.

Skuad Piala Thomas negara kini giat menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara sebelum berlepas ke Dongguan, China, Ahad ini bagi latihan fasa akhir selama seminggu.

Chong Wei, sebagai ketua pasukan negara, bagaimanapun tidak menghadiri latihan pagi tadi kerana demam.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Siew Bock berkata keadaan Chong Wei tidak membimbangkan.

Selain Chong Wei, skuad Piala Thomas negara yang terdiri daripada Liew Daren, Muhammad Hafiz Hashim dan Chong Wei Feng, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dijangka menghadapi laluan mudah ke suku akhir setelah diundi dalam Kumpulan C bersama Denmark dan Afrika Selatan.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah 20 tahun lepas di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Skuad wanita Malaysia pula gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Uber 2012 setelah tewas di peringkat kelayakan Zon Asia di Macau, Februari lepas.


Badminton SMS News
Get the latest news, fixtures and results on our Malaysian shuttlers. Subscribe Now!


Disclaimer


Note: Comments submitted to sports.mylaunchpad.com.my are posted automatically. Comments may be used in other areas of the site at editorial discretion. Comments are restricted to 500 words or less.


By submitting a comment to this website, you warrant that we are not responsible or liable of any of the content posted by you and you agree to indemnify us from any and all claims and liabilities (including legal fees) which could arise from your comments submitted to the site.

You are solely liable for the content of your comments that you submit to this site.


We do not monitor or control the content of your comments, however we reserve the right to edit and or remove any comments at our discretion which:-


* Are insulting or personal in nature

* Are racist, sexist, homophobic, sexually explicit, abusive or otherwise objectionable

* Contain swear words or other language likely to offend

* Break the law, condone or encourage unlawful activity. This includes breach of copyright, defamation and contempt of court

* Advertise products and services for profit

* Are seen to impersonate someone else

* Are being repeatedly posted (known as "spam")

* Include contact details such as phone numbers, postal or e-mail addresses


Comments may be used in the print edition at editorial discretion. Comments are restricted to 500 words or less.

Close