BUKIT JALIL, (D5) - Jumlah gol belakang kira, yang mustahak adalah corak permainan anak buah. Itu amanat ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam Sabtu ini.
Walaupun tidak dapat menurunkan barisan terbaik bagi tugasan antarabangsa kali ini, beliau perlu berkata Sri Lanka perlu dihormati sebagai lawan.
Beliau juga mahu melihat mentaliti pemainnya dan bukannya kemenangan selesa sambil berharap karektor pemain berpengalaman seperti Aidil Zafuan Radzak, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Mahali Jasuli dan Safee Sali untuk membimbang muka baru.
Antara pemain baru yang diberi peluang di pentas antarabangsa kali ini Shahrom Kalam, Azmizi Azmi, Helmi Remeli, Nizam Abu Bakar, Ashri Chuchu, Ahmad Hazwan Bakri selain Rozaimi Abdul Rahman, Azamuddin Akil dan Faiz Subri yang mendapat kepercayaan dalam kem pasukan kebangsaan.
"Saya juga mahu melihat peningkatan permainan pemain-pemain utama untuk menggalas lebih banyak tanggungjawab," katanya.
Beliau mendedahkan latihan pusat di Wisma FAM ketika ini berjalan dengan lancar sambil menyatakan kegembiraannya dengan kepulangan Safee Sali yang mendapat kebenaran daripada Pelita Jaya untuk mewakili negara.
Sambil mengulangi Harimau Malaya tidak pernah tewas tahun ini, beliau menegaskan beliau hanya dapat mengumpulkan pemain terbaiknya pada bulan depan tanpa gangguan daripada jadual Piala AFC seumpamanya.
"Selepas itu barulah saya akan membuat keputusan pemain manakah yang bagus, seimbang dan sesuai untuk pasukannya."