Masalah kecederaan melanda T'ganu


FB Share

Selasa, 24 April 2012
Source: Bernama

Image © Arep Kulal
Penyerang Abdul Manaf Mamat tidak dapat membantu Terengganu pada awal musim akibat kecederaan. . (Gambar Arkib).

KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Tiga tonggak utama pasukan Terengganu mungkin tidak dapat beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan Song Lam Nghe An dari Vietnam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok.

Mereka ialah penyerang Abdul Manaf Mamat, Abdul Syukor Jusoh dan kapten pasukan Sharbinee Allawee yang mengalami kecederaan ketika menentang Sime Darby dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu.

Ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris berkata bagaimana kedudukan Sharbinee akan diputuskan kelak sama ada dapat beraksi atau sebaliknya.

Katanya walaupun kehilangan tiga tonggak, beliau tetap akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik.

"Pada perlawanan malam esok, kita telah membuat beberapa perubahan dari segi permainan dan beberapa formasi baru.

"Saya harap perubahan dan sentuhan yang dilakukan itu akan menjadi dan peluang itu akan digunakan sepenuhnya oleh anak buah saya untuk mengekalkan kemenangan dan memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Pada perlawanan bulan lalu, Terengganu menewaskan kelab Vietnam itu menerusi jaringan tunggal Abdul Manaf.

Terengganu yang ditempatkan dalam Kumpulan F kini memperoleh enam mata hasil dua kali menang dan dua kali kalah.

Pasukan lain dalam kumpulan itu ialah Kitchee dari Hong Kong dan Tampines Rovers dari Singapura.

Mat Zan meminta anak buahnya melupakan sejenak saingan dalam Liga Malaysia dan memberi tumpuan sepenuhnya pada kejohanan AFC malam esok.

Penolong jurulatih kelab Vietnam itu, Le Ky Phuong berkata pasukannya turut kehilangan empat tonggak utama, namun akan tetap memberi saingan sengit kepada Terengganu.

Beliau dan pasukannya yang sudah berada di sini berkata dua penyerang mereka tidak dapat diturunkan kerana masih mengalami kecederaan manakala seorang pemain tengah dan seorang pemain pertahanan juga tidak beraksi kerana masing-masing mengumpul dua kad kuning.

"Namun kami tetap akan memberikan saingan yang sengit pada pasukan lawan dan akan menggunakan setiap peluang yang hadir," katanya.


Malaysian Football SMS Package
Get the latest news, fixtures and results on Malaysian football. Subscribe Now!


Disclaimer


Note: Comments submitted to sports.mylaunchpad.com.my are posted automatically. Comments may be used in other areas of the site at editorial discretion. Comments are restricted to 500 words or less.


By submitting a comment to this website, you warrant that we are not responsible or liable of any of the content posted by you and you agree to indemnify us from any and all claims and liabilities (including legal fees) which could arise from your comments submitted to the site.

You are solely liable for the content of your comments that you submit to this site.


We do not monitor or control the content of your comments, however we reserve the right to edit and or remove any comments at our discretion which:-


* Are insulting or personal in nature

* Are racist, sexist, homophobic, sexually explicit, abusive or otherwise objectionable

* Contain swear words or other language likely to offend

* Break the law, condone or encourage unlawful activity. This includes breach of copyright, defamation and contempt of court

* Advertise products and services for profit

* Are seen to impersonate someone else

* Are being repeatedly posted (known as "spam")

* Include contact details such as phone numbers, postal or e-mail addresses


Comments may be used in the print edition at editorial discretion. Comments are restricted to 500 words or less.

Close