Pelumba negara gegar Litar Sepang


FB Share

Monday, October 22, 2012
Source: D5 Sports

Image © AFP
Zulfahmi Khairuddin yang menunggang AirAsia-Sic-Ajo dalam Moto3 mempamerkan tunggangan mantap sejak awal perlumbaan.

SEPANG, (D5) - Dua penunggang negara melakar sejarah tersendiri dalam sukan permotoran negara yang menyaksikan Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan Moto3 ditempat kedua sementara Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Moto2 ditempat keempat di Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hari ini.

Zulfahmi daripada pasukan AirAsia-SIC-Ajo meraih petak depan terus konsisten menampilkan tunggangan kemas dengan catatan 40 minit 54.115 saat.

Dia menyerah kedudukan di hadapan kepada Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo pada saat-saat akhir yang menyaksikan penunggang Jerman, Jonas Folger of Mapfre Aspar ditempat ketiga.

"Ia merupakan strategi pasukan kami untuk tidak mendahului perlumbaan sejak dari mula. Saya hanya mengekori Jonas (Folger) sehingga separuh perlumbaan. Apabila hujan mula turun, saya katakan kepada diri sendiri ini, ini detik saya untuk melakukannya dan merampas tempat sendiri.

"Ia merupakan cabaran sengit daripada Sandro pada beberapa pusingan terakhir. Ini perlumbaan yang hebat dan saya tidak percaya saya berjaya menaiki podium (untuk kali pertama)," katanya.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Philip Island, Australia minggu depan.

Hafizh Syahrin yang berlumba secara wild card turut menampilkan kejutan dengan meraih tempat keempat di atas licin dengan merekodkan masa 37 minit 00.734 saat. Perlumbaan Moto2 itu terpaksa dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 19 ekoran hujan lebat.

Dalam kategori itu, penunggang pasukan NGM Mobile Forward Racing, Alex De Angelis dari negara San Marino Republic memenangi aksi.

Menurutnya, kejayaan Zulfahmi yang beraksi terlebih dahulu menjadi pendorong kepadanya untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

"Tiada sebab untuk saya mengalah. Saya juga suka berlumba dalam cuaca hujan," ujarnya yang memulakan perlumbaan di petak 27.

Tempat kedua diraih Anthony West yang menunggang untuk QMMF Racing Team manakala penunggang dari Great Britain, Gino Rea di tempat ketiga.

Dani Pedrosa mengungguli perlumbaan Grand Prix Malaysia setelah masa 29 minit 29.049 saat, lebih pantas 3.774 saat daripada pencabar terdekat, Jorge Lorenzo dari Yamaha Factory Racing yang juga merupakan pendahulu gelaran dunia.

Rakan sepasukan Pedrosa, Casey Stoner pula ditempat ketiga dengan 29'36.193 saat.

Kemenangan di Litar Sepang itu membolehkan Pedrosa untuk terus memberi tekanan kepada Lorenzo.



... More News

Disclaimer


Note: Comments submitted to sports.mylaunchpad.com.my are posted automatically. Comments may be used in other areas of the site at editorial discretion. Comments are restricted to 500 words or less.


By submitting a comment to this website, you warrant that we are not responsible or liable of any of the content posted by you and you agree to indemnify us from any and all claims and liabilities (including legal fees) which could arise from your comments submitted to the site.

You are solely liable for the content of your comments that you submit to this site.


We do not monitor or control the content of your comments, however we reserve the right to edit and or remove any comments at our discretion which:-


* Are insulting or personal in nature

* Are racist, sexist, homophobic, sexually explicit, abusive or otherwise objectionable

* Contain swear words or other language likely to offend

* Break the law, condone or encourage unlawful activity. This includes breach of copyright, defamation and contempt of court

* Advertise products and services for profit

* Are seen to impersonate someone else

* Are being repeatedly posted (known as "spam")

* Include contact details such as phone numbers, postal or e-mail addresses


Comments may be used in the print edition at editorial discretion. Comments are restricted to 500 words or less.

Close