thumbnail
Maxis Logo
Twitter
Facebook
Finder301

submit

Nicol lawan Waters


Thursday, July 22, 2010
Source: Bernama


PETALING JAYA, (Bernama) - Datuk Nicol Ann David sudah menghampiri impian untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keenam berturut-turut apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB di sini.

Pada saingan suku akhir di The Curve di sini malam ini, Nicol hanya mengambil masa 29 minit untuk melengkapkan perlawanan menentang pemain Perancis Camille Serme dengan keputusan 11-4, 11-4 dan 11-9.

Pemain nombor satu dunia itu akan berdepan dengan pemain England, Alison Waters, pada pertemuan separuh akhir esok.

"Beberapa kali saya telah bertemu dengan Waters sebelum ini dan esok saya perlu meningkatkan prestasi kerana dia akan melakukan usaha yang terbaik dalam memberi saingan," kata Nicol mengenai pertemuan dengan Waters.

Sebelum itu, Waters mengambil masa selama 36 minit untuk menjinakkan pemain pilihan kelima, Omneya Abdel Kawy dari Mesir, dengan keputusan 11-5, 11-3, 3-11 dan 11-4.