thumbnail
Maxis Logo
Twitter
Facebook
Finder301

submit

Azlan ungguli pusingan kelayakkan MSS


Saturday, July 31, 2010
Source: D5 Sports

Image © D5 Sports
Aksi pelumba PETRONAS Yamaha, Azlan Shah Kamaruzaman pada Pusingan Kedua Malaysian Super Series (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang.

SEPANG, (D5 Sports) – Bekas juara Supersports Champion 2008 yang menunggang untuk pasukan PETRONAS Yamaha Rider Azlan Shah Kamaruzaman berjaya mengungguli sesi kelayakan pada Pusingan Kedua Malaysian Super Series (MSS) bagi kategori 600cc hari ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Azlan yang menggunakan jentera Yamaha R6 berjaya mencatat masa terpantas 2 minit 14.629 saat untuk menduduki petak pertama pada perlumbaan esok.

"Saya mengetahui tentang selok-belok litar ini agak baik dan menggunakannya sebaik mungkin. Malahan saya tidak menjangka berjaya mencatat masa terpantas," kata Azlan.

Pada masa sama, rakan sepasukan Mohd Zamri Baba turut berjaya mempamerkan aksi mantap dan mencatat masa kedua terpantas dengan catatan masa 2 minit 15.003 saat.

Pendahulu carta, Suhadi Ali Rahmat yang menggunakan jentera Honda CBR600 serta mengumpul 45 mata sekadar bermula di petak kelima selepas berjaya mencatat masa terpantas 2 minit 16.330 saat.

Bagi kategori Superbike Championship menyaksikan jaguh dari Jepun, Yasuhiro Kuhara mencatat masa terpantas 2 minit 14.174 saat dengan jentera Honda CBR1000 yang ditunggangnya.

Ahmad Zamani Baharuddin pula akan bermula di petak pertama bagi kategori Superstock Championship.

Sesi Kelayakkan MALAYSIAN SUPER SERIES 2010

Supersports Championship

1.Azlan Shah Kamaruzaman (Yamaha R6)-2:14.629s

2. Mohd Zamri Baba (Yamaha R6)-2:15.003s

3. Walairot Rathapong (Honda CBR600)-2:15.247s

4. Suhatchai Cheamsap (Honda CBR600)-2:16.311s

5. Suhadi Ali Rahmat (Honda CBR600)-2:16.330

Superbike Championship

1.Yasuhiro Kuhara (Honda CBR1000)-2:14.174s

2. Abdul Rahim Sidek (Honda CBR1000)-2:15.379s

3. Mohd Syahnas Shahidan (MV Augusta)-2:18.310s

4. Ahmad Azhar Hamid (Yamaha R1)-2:21.720s

5. Milton Poh (Suzuki GSR1000)-2:24.232s

Superstock Championship

1.Ahmad Zamani Baharuddin (Honda CBR1000)-2:17:524s

2. Remon Azrem Abd. Karim (Honda CBR1000)-2:18.243s

3. Ibrisham Daud (Honda CBR1000)-2:18.424s

4. Dilip Rogger (KTM)-2:20.353s

5. Norhisham Mohd (Ducati)-2:21.720s