JITRA, (D5 Sports) – Siri pertama Grand Prix Lumba Basikal Kebangsaan yang berlangsung hari ini di Jitra, Kedah mensasarkan untuk mencungkil bakat-bakat baru, demikian ujar Pengerusi Pembangunan Lebuhraya dan Persatuan Lumba Basikal Malaysia (PKBM), Amrun Misnoh.
Perlumbaan berkonsep ‘one day race’ adalah pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Lumba Basikal Malaysia (PKBM) menyaksikan penyertaan pelumba-pelumba basikal daripada negeri-negeri serta mana-mana atlet lumba basikal yang mempunyai lesen.
"Kita telah berjaya menaikkan imej lumba basikal dengan kejayaan Azizul Hasni Awang dalam acara trek dan pelumba-pelumba lebuhraya juga telah ramai yang maju dan telah mula berkayuh untuk pasukan atau kelab luar negara," kata Amrun.
"Oleh itu, kita berharap dengan penganjuran GP Lumba Basikal Kebangsaan ini, kita dapat mencapai sasaran dan hasrat PKBM untuk mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi untuk digilap hingga ke peringkat antarabangsa."
Empat Kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Lelaki Bawah 18 Tahun dan Lelaki Bawah 14 tahun yang perlu menamatkan perlumbaan dalam jarak antara 66km hingga 200km. Bagi kategori Terbuka Wanita pula, pelumba perlu menamatkan perlumbaan dalam jarak antara 100km hingga 130km.
GP Lumba Basikal Kebangsaan adalah perlumbaan basikal ‘one day race’ yang diadakan dalam lima siri melibatkan lima lokasi berasingan seperti Siri 1 di Kedah, Siri 2 di Johor, Siri 3 di Terengganu, Siri 4 di Serawak dan Siri 5 di Selangor.
Di samping itu juga, Sirkit kebangsaan ini bertujuan mengenalpasti pelumba-pelumba yang bakal mewakili negara dalam kejohanan Le Tour de Langkawi tahun hadapan.
Keputusan Siri Pertama:
Keputusan Lelaki Bawah 18 tahun
1) Sofian Nabil Omar Bakri – MSN – 3:35:56
2) Mohd Ayub - kedah – 3:35:57
3) Abdul Azim Abdul Latif – Selangor – 3:37.57
Keputusan Lelaki Bawah 14 tahun
1) M.Najmuddin Abd Ghani – Terengganu – 1:50:39
2) Afiq Huznie Othman – Terengganu – 1:51:32
3) Mohamad Andalas Azkhir – Pulau Pinang – 1:59:21
Keputusan Lelaki Veteran
1) Adli Md Dahalan – LeTua – 1:55:32
2) Mahazir Shamsudin – Kedah - 1:59:68
3) Zulkefli Khir – TRM Perlis – 2:07:56
Keputusan Wanita Terbuka
1) Noor Azian Alias– Johor– 4:04:06
2) Masziyaton Mohd Radzi – kedah – 4:04:06
3) Nursyuhaini Othman – Kedah – 4:05:05
Keputusan Lelaki Terbuka
1) Adrian Chuah- Le Tua – 4:45:41
2) Mohd Hafiz Rosli - Le tua – 4:45:49
3) Mohd Fadzli Anuar Mohd Fauzi – ATM – 4:45:49