thumbnail
Maxis Logo
Twitter
Facebook
Finder301

submit
Click Here Now

Keyakinan Fahmi meningkat


Thursday, July 29, 2010
Source: D5 Sports

Image © D5 Sports
(Dari kiri) CEO AirAsia, Dato' Dr. Tony Fernandes bersama pelumba AirAsia-Sepang International Circuit Zulfahmi Khairuddin semasa sesi Go-Kart bersama media yang berlangsung di Sepang pada 31 Julai 2010.

SEPANG, (D5 Sports) - Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin mula menampakkan keyakinan dan sudah menyesuaikan diri dengan keadaan di negara asing meskipun kali pertama beraksi di dalam GP Motor Dunia pada musim ini.

Fahmi yang baru pulang dari kem latihannya di Bologna, Itali kelihatan serasi dan lebih matang berbanding beberapa bulan lalu malahan kejayaan mengutip dua mata pada perlumbaan di Catalunya dan Sachsenring telah memberi suntikan semangat kepada dirinya.

"Sejak berlatih di Bologna, saya mula belajar banyak perkara baru. Ianya sesuatu yang sukar pada mulanya tetapi hasil kerja keras ia akhirnya membuahkan hasil.

"Kejayaan seseorang pelumba bukan bergantung hanya kepada teknik dan cara mengendalikan motorsikal tetapi ia juga memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi dari pelbagai aspek," demikian kata Fahmi.

Permulaan buruk pada awal musim GP Motor Dunia tidak melemahkan semangat pelumba dari Banting ini, dia berjaya bangkit selepas banyak kegagalan dan usahanya berhasil selepas mengutip dua mata serta memperbaiki prestasi semasa.

"Pada awalnya ia merupakan sesuatu yang sukar buat saya kerana semua perkara baru harus dipelajari. Masalah komunikasi, cuaca, makanan dan banyak lagi merupakan antara halangan pertama dan kemudiaan saya perlu belajar menyesuaikan diri dengan litar dan aspek teknikal untuk motor saya.

"Mujurlah hasil usaha dan bantuan serta sokongan daripada semua pihak telah meningkatkan semangat saya. Matlamat saya ialah untuk membuktikan kemampuan meraih kejayaan di peringkat dunia dan secara perlahan-lahan memperbaiki segala aspek kelemahan.

Sasaran untuk berada di dalam kelompok 20 pelumba terbaik telah berjaya dicapai Fahmi namun perjalanan dia di dalam perlumbaan motorsikal masih jauh, demikian antara kata-kata jurulatih Fahmi sebelum ini iaitu Shahrul Yuzy.

Shahrul memberi komen tentang aksi Fahmi, "Fahmi telah berjaya melonjak naik dan membuktikan bahawa dirinya setanding dengan pelumba bertaraf dunia namun selaku pelumba muda perjalanan dia masih jauh.

"Pelbagai perkara harus diperbaiki dan berdasarkan komitmen yang ditunjukkan Fahm tidak mustahil kita mampu melahirkan pelumba yang setanding pelumba ternama lain di dalam GP Dunia.

Karier awal Fahmi bersama Shahrul bermula semasa dia beraksi bersama pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing dan mula menyerlah selepas diserap di dalam program MotoGP Wildcard tahun lalu.

Fahmi yang baru pulang ke Malaysia bakal berehat selama empat minggu sebelum kembali beraksi di GP Czech pada 13-15 Ogos ini dan kemudiaan perlu menempuh lima lagi perlumbaan sebelum beraksi di Sepang Oktober ini.