Image © AFP
Spain's Dani Pedrosa of the Repsol Honda team rides ahead of ahead of Spains's Yamaha driver Jorge Lorenzo during the the race of the Moto Grand Prix of Germany at Sachsenring Circuit on July 18, 2010 in Hohenstein-Ernstthal, eastern Germany. Pedrosa won the race ahead of Lorenzo and and Ducati driver Casey Stoner of Australia (third).
SACHSENRING, (Stadiumastro) - Dani Pedrosa dari Sepanyol berjaya menghalang teman senegaranya, Jorge Lorenzo daripada mencetak kemenangan keempat berturut-turut di MotoGP Jerman sementara juara dunia, Valentino Rossi nyaris-nyaris menyambar tempat di podium setelah kembali daripada kecederaan.
Penunggang Honda Repsol tersebut, yang kini di tangga kedua kejuaraan, mengakhiri perlumbaan tiga saat di hadapan pendahulu kejuaraan, Lorenzo dari pasukan Yamaha dan Casey Stoner daripada Ducati.
Rossi yang diberi lampu hijau untuk berlumpa pada saat-saat akhir menghabiskan perlumbaan di tempat keempat setelah dipintas oleh Stoner di selekoh terakhir.
Dengan lapan perlumbaan sudah berlalu dan hanya berbaki 10 lagi pusingan, Lorenzo kini mendahului dengan 185 mata.
"Pedrosa sangat pantas dan mustahil bagi saya untuk mengekorinya," menurut Lorenzo.
"Saya tetap berpuas hati kerana tempat kedua ialah satu keputusan positif."