PNSB juara Liga FAS
Thursday, July 29, 2010
Source: D5 Sports
SHAH ALAM, (D5 Sports) - Watak garang pada separuh masa kedua memastikan PNSB FC muncul juara Liga Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) 2010 selepas menundukkan Proton FC 4-1.
Helmi Abdullah menjaringkan dua gol buat PNSB manakala masing-masing gol oleh Mohd Amirul Hisham Ismail serta V.Gopi dan gol saguhati lawan dijaringkan oleh Azhari Hamzah.
Kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa kedua apabila menyaksikan Helmi Abdullah membuka tirai gol perlawanan. Proton FC menyamakan kedudukan sejurus selepas itu menerusi sepakan penalti.
Azhari yang dikasari di dalam kotak penalti menyempurnakan peluang berkenaan.
Finalis Piala FA Liga FAS 2010 itu kemudian kembali di depan menerusi hantaran menarik untuk mengelirukan pertahanan lawan lalu disempurnakan kapten pasukan, Amirul Hisham.
PNSB FC mengukuhkan kedudukan menerusi Helmi Abdullah yang tidak dikawal di dalam kotak penalti mudah untuk menyumbat gol ketiga buat pasukannya dalam aksi di Stadium Shah Alam.
Sebelum wisel penamat, giliran V.Gopi pula meledakkan gol sekaligus menjadikan kedudukan 4-1.